HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 PAKIDA,PAKIDA,PAKIDA

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2


Number of posts : 47
Age : 31
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

PostSubject: PAKIDA,PAKIDA,PAKIDA   Mon Jan 28, 2008 9:20 am

PAKIDA : Pihak JAKIM Perlu Ambil Tindakan Segera Memantau Perkara Ini !!
Assalammualaikum dan Salam Perjuangan ,

Alkisah, maka bertalu-talulah Cucu menerima kecaman dan hentaman dengan bahasa-bahasa kesat dan kasar dari kalangan pembaca yang Cucu rasa memang orang UMNO agaknya. Ini kerana setelah banyak tulisan Cucu mutakhir ini yang semakin panas dan menggemparkan terutamnya tentang pergolakan Politik antara Pak Lah dan Dato' Najib , dan kaitan pak Lah dalam kejatuhan Najib dalam Pilihanraya Umum lalu di Pekan. Alhamdulillah , rasanya kebanyakkan mereka yang menghentam Cucu sebenanrnya adalah orang yang Cucu anggap macam anak-cucu-cicit ..Cucu sendiri, so tak perlulah untuk Cucu menghentam mereka, kerana kebanyakkan email mereka tidak disertakan dengan nama yang jelas...Terima kasih diatas komen kalian terhadap segala tulisan Cucu dari DULU, KINI DAN SELAMANYA.

"PAKIDA" itulah antara lain tulisan Cucu yang banyak sekali menerima komen daripada kalangan pembaca. Entah mengapakah "PAKIDA" kini jadi semakin popular secara tiba-tiba setelah pendedahan BERANI yang Cucu lakukan demi agama, bangsa dan negara tercinta. Sebelum Cucu meneruskan tulisan ini, Sekali lagi Cucu memohon kemaafan daripada seluruh ahli dan kepimpinan ...satu lagi pertubuhan ..tapi yang ini berdaftar.. atas nama PEKIDA ( Pertubuhan Kebajikan Dan Dakwah Islamiah Malaysia). Sebenarnya terus-terang ingin Cucu maklumkan bahawa PAKIDA yang Cucu maksudkan sememangnya bukanlah PEKIDA. Cucu amat arif dan teliti benar dengan perkara ini, kerana untuk makluman semua..Cucu serta Ayahanda Cucu sendiri ..sememangnya adalah AHLI PEKIDA sejak 15 tahun lalu..iaitu semasa kami masih lagi dibelenggu dengan IDEOLOGI UMNO HAPRAK..ini. Lantaran itu tak perlu ahli-ahli PEKIDA risau akan perkara ini. Apa yang penting, Cucu tidak memperkatakan tentang PEKIDA..tetapi sememangnya PAKIDA..( Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Kedah )..satu pertubuhan Melayu (Islam kononnya) yang banyak disertai oleh ahli UMNO Yang sememangnya banyak dianggotai oleh PUAK-PUAK UMNO HAPRAK ini sebenarnya. Justeru itulah kebenaran kata-kata Cucu bahawa "PAK LAH telah menggunakan PEKIDA untuk memalukan dan seterusnya menghapuskan NAJIB di Pekan dalam Pilihanraya Umum yang lalu ada asasnya dan bukanlah Cucu mereka-reka cerita seperti kata tulisan sdr.Pengunjung pada 7 Jun lalu.

Beliau mempersoalkan rasional Cucu mendedahkan perkara ini, kononnya Cucu tidak tahu hujung pangkal dan main hentam kromo ajer untuk mendedahkan perkara ini. Tulisan Sdr.r.r yang terbaru juga adalah dirujuk, sebenarnya Cucu percaya benar yang Sdr.r.r juga mengetahui akal hal ini . Dari apa yang diperjelaskan sesungguhnya PAKIDA ini adalah satu pertubuhan HARAM yang digunakan oleh UMNO atas nama ISLAM untuk mengaburi orang-orang Melayu. Buat Sdr.r.r, tahniah diatas tulisan iklas sdr. itu, semoga dengan ini dapat menyedarkan kita tentang satu pakatan jahat yang berselindung disebalik parti atas dasar perjuangan ISLAM dan MELAYU kononnya. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya adalah satu KHURAFAT yang nyatakan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam PAKIDA.

Pernah satu ketika Cucu dan Ayahanda bertemu dengan salah seorang bekas Mufti Pahang untuk menceritaka perihal PAKIDA..Aapakah ianya terpesong daripada akidah kerana mereka yang ingin menjadi ahlinya terpaksa menganggat sumpah dengan menjunjung AL-Quran diatas kepala, dan berikra' serta berjanji akan mengikut segala ajaran serta menganggap semua ahli PAKIDA seperti ADIK-BERADIK. Inilah yang merosakkan akidah. Memang Cucu tidak nafikan PAKIDA banyak bergerak di Negeri Pahang terutamnya di Tanah-tanah Rancangan FELDA seperti JENGKA, KERATONG, CHINI, BUKIT GOH dan banyak lagi. Dan pusatnya ialah di Felda Bukit Tajau, Maran Pahang. Manakala pusat untuk seluruh Malaysia pula terletak di Negeri Kedah dan bukannya Kedah. Walaupun PAKIDA itu adalah Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Kedah. Ahli-ahlinya juga bukanlah dikhaskan untuk orang-orang Kedah semata-mata, malahan di Pahang ini ramai orang Kelantan, Trengganu dan Pahang yang menyertainya.

Membaca tulisan sdr. r.r, elok juga sebagai BEKAS AHLI PAKIDA Cucu dedahkan tentang gerakan ini. Yang sebenarnya Cucu memang mempunyai KERTAS HITAM pergerakkan ini, yang Cucu perolehi dari salah seorang ketua PAKIDA kawasan yang dipanggil "KHALIFAH". Setaip ahli PAKIDA akan mempunyai TRADEMARK tersendiri ketika bertemu atau bersalaman, kita dapat tahu mereka ahli atau tidak melalu berjabat TANGAN, atau gerakan MATA para ahli. Cara genggaman jari-jemari ahli sememangnya berbeza dengan yang bukan ahli PAKIDA. Seperti kata sdr r.r "berjabat tangan menggenggam sedikit hujung, membawa buku tangan ke arah jantung dan kemudiannya membawa tangan ke arah dahi serta menunjuk ke arah atas" itulah cara yang diparktikkan oleh ahli PAKIDA di seluruh negara.

Dari segi jemputan Kahwin pula, setiap ahli PAKIDA diwajibkan membuat 3 garisan panjang, sederhana dan pendek pada kiri, kanan KAD JEMPUTAN kahwin yang menunjukkan mereka adalah ahli PAKIDA. Pernah satu ketika Cucu tersilap membuat garisan tersebut sedangkan KAD sudah diprint. Cucu telah dimarahi oleh "khalifah" dan mengarahkan Kad tersebut dibuat semula. Ini yang menghairankan Cucu. Padahal apalah bezanya garisan tersebut, tetapi bagi ahli PAKIDA 3 garisan tersebut ada makna tersendiri.

Ketika menjelang majlis kahwin, banyak beras yang diterima secara RAHSIA entah dari mana, kabarnya dari pemimpin PAKIDA dan pada majlis kenduri pula , ramai ahli hadir memeriahkan majlis ahli PAKIDA yang lain, walaupun mereka tidak diundang sebenarnya. Ini berlaku setiap kali majlis perkahwinan di rumah Cucu. Apabila Cucu bertanya kepada Ayahanda Cucu, beliau menejelaskan bahawa yang hadir itu adalah ADIK-BERADIK PAKIDA.

Pernah satu ketika, kenderaan yang Cucu dan Ayahanda Cucu naiki mengalami kerosakan di sebuah jalan yang penuh sesak di Kuala Lumpur. Kami terpaksa membaiki sendiri , kerana tiada yang datang menolong. TETAPI tiba-tiba sebuah MERCEDES BENZ berhenti dengan mengejut, dan pemamdunya berlari berpeluk dan berjabat tangan dengan Ayahanda Cucu ambil memanggil nama "ABANG"..Itu yang Cucu pening kepala tu...Setelah dia membantu hingga selesai, kami dibawa ke rumahnya di Sg. Buloh..dan beliau menunjukkan gambar-gambar para pemimpin UMNO yang terlibat dengan PAKIDA..tak perlulah Cucu dedahkan nama pemimpin tersebut... Ramailah yang ditunjukkan, beliau ingin membawa kami ke rumah salah seorang pemimpin tersebut yang juga dipanggil ABANG...Kami menolak atas alasan ada hal lain yang lebih penting. Dari perbualan dia dengan ayahanada Cucu, dia banyak bertanya tentang sudah berapa lama Ayahanda Cucu terlibat dengan PAKIDA ? Dia maklumkan dia ahli baru...banyaklah perkara lain yang membicarakan hal-hal kepimpinan PAKIDA.

Ketika pulang Ccu sempat menjeling dan bertanya Ayahanda Cucu, macam mana dia tahu Ayahanda Cucu PAKIDA..lalu Ayahanda Cucu menunjukkan LOGO PAKIDA pada cermin kereta. FAHAMLAH Cucu sekarang....bahawa PAKIDA juga mempunyai logo tersendiri. Inilah dia yang dikatakan sebagai TRADEMARK PAKIDA.

Banyak lagi perkara-perkara menarik tentang PAKIDA yang tak perlu Cucu jelaskan disini, Cuma Cucu amatlah berharap pihak Berkuasa terutamannya JAKIM aatau MAJLIS FATWA KEBANGSAAN memantau akan perkara ini. Kalau boleh lakukan sisatan terhadap pemimpin UMNO yang terjebak dengan PAKIDA ini sama seperti yang mereka lakukan terhadap pertubuhan AL-ARQAM dulu. Cucu tak perlu umumkan siapa pemimpin yang terjebak..Cukup Cucu perkatakan Cucu sempat menyaksikan Seorang MENTERI UMNO dari Johor menganggat sumpah dan iqra' PAKIDA di Felda Bukit Tajau, Maran, Pahang.Yang lain tuu , rasanya eloklah Cucu RAHSIA kan..nanti dituduh Cucu memegang KOTAK HITAM PAKIDA pulak.

Buat Sdr. r.r, teruskan dengan pendedahan berani saudara tentang hal ini. Buat semua ahli PAKIDA dalam UMNO yang sudah INSAF macam CUCU nii..marilah sama-sama kita dedahkan perkara ini. Biar semua rakyat Malaysia tahu akan siapa yang sebenarnya bertopengkan ISLAM dan telah ROSAK AKIDAH sebenarnya.Kepada ahli PAKIDA yang belum sedar, Insaflah kembalilah ke pangkal jalan....landasan ISLAM yang sebenenar-benarnya. Cucu masih ingat kata-kata khalifah PAKIDA " Persaudaraan ADIK-BERADIK SEIBU SEAYAH hanya di Dunia ..tetapi persaudaraan ADIK-BERADIK dalam PAKIDA adalah Dunia, Akhirat"

Inilah motto yang sering mereka gunakan ..Sebab itulah Dato' Najib hampir kecundang di Pekan ..apabila Pak Lah gunakan PAKIDA untuk menjatuhkan Najib sebenarnya.

Sebarkan maklumat ini, terutamanya kepada KEM DATO' NAJIB biar dia tahu bahawa PAK LAH BADWI memang nak jatuhkannya dan TAK MUNGKIN melantiknya sebagai TIMBALAN PERDANA MENTERI..Justeru itu Kem-Najib perlu lakukan sesuatu dalam Perhimpunan Agong UMNO yang dijangka tiba tidak lama lagi.

p/s : Tak sangka ramai jugak orang UMNO yang menbaca tulisan Cucu selama ini...Semoga dengan ini akan membuka pintu hati mereka agar menyokong perjuangan Islam dan Keadilan hendaknya, Takkbirrrrrrr !!!

Sekian, Wassalam.
CUCU MAT KILAU

cucumatkilau@yahoo.co.uk
PAKIDA
PAKIDA
PAKIDA
Back to top Go down
View user profile
 
PAKIDA,PAKIDA,PAKIDA
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// SHOUT IT LOUD! :: HOT STORY-
Jump to: