HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 AL-FATIHAH BUAT BEKAS MUFTI SELANGOR

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2


Number of posts : 47
Age : 31
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

PostSubject: AL-FATIHAH BUAT BEKAS MUFTI SELANGOR   Thu Jan 31, 2008 2:18 am

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh tengah hari ini selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke hospital pagi semalam.


Menurut seorang anggota keluarganya, jenazah Allahyarham kini dibawa ke rumahnya di Taman Sri Andalas, Klang.

Katanya, jenazah berkemungkinan akan dibawa ke Masjid Lipat Kajang, Taman Sri Andalas untuk disolatkan jam 9.30 pagi esok.

Menurut beliau, Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, selepas itu.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Sebelum ini, laporan menyebut, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri. Sad
Back to top Go down
View user profile
 
AL-FATIHAH BUAT BEKAS MUFTI SELANGOR
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Chinese privet in a new pot
» Azaux's Area of Answers!!

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// INFORMASI SEMUA :: BERITA KEMATIAN DAN SAKIT-
Jump to: