HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 kisah benar d penjara sungai buluh..renungkan..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2


Number of posts : 47
Age : 31
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

PostSubject: kisah benar d penjara sungai buluh..renungkan..   Thu Jan 31, 2008 2:14 am

SESAMA LA KITA RENUNGKAN...SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGAMPUN DAN
MAHA MENGASIHANI HAMBA-HAMBA NYA.


Kisah benar dari penjara sg. buluh
Malam tadi bertempat di Surau Jenaris aku telah menghadiri satu forum
perdana sempena Maulidur Rasul. Ahli panel terdiri dari Uts Halim Din, Ust.
Raihan & Utszh Dr. Sharifah Noor Hayati. Memang menarik kupasan ketiga3 ahli
panel yg bijaksana tu. Ttg keperibadian rasulullah yg mulia itu yg menjadi
ikutan kita semua.
Di penghujung rancangan tersebut salah seorang utz kalau tak silap aku utz
halim din telah menceritakan sebuah kisah yg berlaku di penjara sg. buluh.
Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi
ceramah agama pd banduan2 di sana, Pengarah Penjara telah berjumpa dgn
beliau dan menceritakan pd beliau ttg seorang banduan yg bernama AMIN iaitu
ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang
kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
Apa yg manarik ialah peribadi si Amin ini. Beliau seorang yg berdisplin,
kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan
lain.
Pendek kata banduan yg tiada bermasalah.
Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau
dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun
beliau telah pulang ke rumah bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pd mlm sebelum dia digantung, dia berpesan supaya
dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi jumaat.
Pada mlm sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena
sekali
seolah2 tiada apa2 akan berlaku pd pg esoknya sedangkan dia akan dihukum
gantung pada pg esok. Bayangkan kalau org nak kena gantung pg esok, mesti
gelisah dan mesti tak boleh tidur punya.
Bila tepat jam 4.00 pg, Amin ini pun dikejutkan, dia terus beramal, solat
taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur dan dia berpesan supaya dibawa ke
tali gantung ketika dia sedang sujud syukur.
Ketika Amin sedang sujud pd masa itulah dia dibawa ke tali gantung. Bila
tiba masa hendak digantung, tiba2 Amin ini pengsan dan tidak sedarkan diri.
Masa
semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia
ditutup dgn kain hitam dan hukuman pun dijalankan.
Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung
anak patung yg tidak bernyawa, tiada pergerakan, tiada jeritan. Didapati
juga selipar jepun yg dipakai oleh Amin masih melekat pd kakinya, begitu
juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan.
Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir
keluar spt kebiasaan mereka yg digantung. Tangan spt org dlm solat dgn jari
telunjuk spt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah
sudah mengambil nyawanya dulu sebelum digantung... ...
Begitulah kebesaran Allah yg memberi Rahmat kepada hamba2 nya soleh dan
sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kpd kita semua.
Inilah kisah yg diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
HUWALLAH HUALAM, What a Face What a Face What a Face
Back to top Go down
View user profile
 
kisah benar d penjara sungai buluh..renungkan..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// INFORMASI SEMUA :: HAL EHWAL KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN WARISAN-
Jump to: