HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in
Share | 
 

 KES PENANGKAPAN TIGER SNOOK (KETUA GENG 77 KLANG)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2


Number of posts: 47
Age: 29
Location: shah alam & kampung baru |||
Registration date: 2008-01-27

PostSubject: KES PENANGKAPAN TIGER SNOOK (KETUA GENG 77 KLANG)   Tue Jan 29, 2008 7:30 pm

PETIKAN DARI HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Ketua samseng Geng 77 dikenali sebagai `Tiger Snookˇ¦ yang dipercayai mempunyai kira-kira 3,000 pengikut di seluruh negara ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Pendamar Indah 2, Pandamaran, Klang, tengah malam kelmarin.

Lelaki berusia lewat 20-an itu menjadi buruan polis sejak beberapa tahun kerana disyaki terbabit pergaduhan, peras ugut dan pengedaran wang palsu di sekitar Lembah Klang.

Dia ditahan bersama tiga orang kanannya dan tiga wanita dalam serbuan sepasukan polis dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang diketuai Inspektor Hairmi Miskon kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Polis melakukan intipan beberapa minggu lalu sebelum serbuan dilakukan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Azizan Abu Taat, berkata Tiger Snook yang tidak mempunyai pekerjaan dikesan bergantung hidup dengan hasil bayaran yuran bulanan RM36 setiap pengikutnya.

ˇ§Semua pengikutnya perlu membayar yuran itu setiap bulan kerana mereka sudah mengangkat sumpah dan perlu mematuhi peraturan berkenaan,ˇ¨ katanya.

Azizan berkata, suspek juga dikehendaki Polis Kuala Lumpur kerana terbabit kes jenayah di sekitar ibu kota.

ˇ§Kita tidak menolak kemungkinan suspek bersama anggota kanannya melarikan diri ke Klang untuk berlindungˇ¨ katanya.

Difahamkan, suspek bersama beberapa rakannya yang masih bebas sebelum ini menubuhkan kumpulan berkenaan selepas mereka disingkirkan dari sebuah pertubuhan yang terkenal dalam kegiatan kebajikan dan sosial, termasuk di utara Semenanjung dan Kuala Lumpur.

Tiger Snook juga dikatakan sering membawa senjata untuk keselamatan diri serta untuk meyakinkan pengikutnya bahawa dia mempunyai kuasa serta pengaruh bagi menghalang pihak berkuasa menahannya.

Selain itu, suspek memperoleh hasil daripada syarikat atau individu tertentu selepas memeras ugut mereka.

Bagi menambah sokongan, Geng 77 dikesan melatih golongan muda, termasuk di kalangan pelajar menengah sebagai kader baru mereka.

Menurut Azizan, dalam serbuan di rumah yang didiami Tiger Snook, polis menemui sejumlah wang palsu.

ˇ§Kita menahan lelaki ini untuk siasatan lanjut berhubung pembabitannya dalam kumpulan kongsi gelap,ˇ¨ katanya.

Antara kejadian terbaru kes tiga samseng memeras ugut sebuah kedai emas sejak empat tahun lalu dengan meminta wang perlindungan RM300 sehari yang terbongkar selepas mereka ditahan di ibu kota, Ahad lalu.

Semua suspek berusia 40-an itu diburu polis berhubung kegiatan jenayah dan peras ugut terhadap kedai perniagaan dan pusat hiburan.

Hasil kegiatan samseng itu, mereka dikatakan mampu hidup senang dengan memiliki dua kereta mewah iaitu Honda CRV dan Proton Perdana V6.

Mereka yang menjalankan kegiatan sulit itu juga dicari polis selepas disyaki terbabit menikam seorang anggota polis di sini, yang ketika itu sedang meleraikan satu pergaduhan.

Anggota polis itu dipercayai ditikam samseng berkenaan ketika dia menghalang tindakan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah pusat hiburan awal tahun ini.

Dalam gerakan kira-kira jam 9 malam Ahad lalu, sepasukan polis dari Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7A) Kuala Lumpur diketuai Deputi Superintendan Azhar Hamzah menahan seorang suspek di sebuah stesen minyak di Hulu Klang, di sini.

Susulan penahanan itu, polis menyerbu sebuah rumah di Taman Kosas, di sini, dan menahan dua lagi suspek serta seorang wanita Indonesia berusia 20-an.

Difahamkan, siasatan dalam rumah itu polis menemui pelbagai parang dan pisau yang dipercayai digunakan anggota tentera Arrow Arrow Arrow Arrow Arrow Arrow Arrow
Back to top Go down
View user profile
 

KES PENANGKAPAN TIGER SNOOK (KETUA GENG 77 KLANG)

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

 Similar topics

-
» Taman Andalas , Klang
» SPA di Crstyal Crown Port Klang
» Zulin @ Setia Alam, Klang
» Silly Farm's "Unleash the Beast" Tiger Contest
» Homeslice [Tiger King Wanghu]

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// SHOUT IT LOUD! :: SOSIALISTIK DUNIA-