HomeCalendarGalleryFAQSearchRegisterMemberlistUsergroupsLog in

Share | 
 

 NOTA DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
BRO7H3R M3647 R3DLIN3
Admin2


Number of posts : 47
Age : 31
Location : shah alam & kampung baru |||
Registration date : 2008-01-27

PostSubject: NOTA DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN   Tue Jan 29, 2008 12:59 am

Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan MAPAN
dengan ini merayu dan meminta kerjasama serta sokongan SEMUA RAKYAT
MALAYSIA terutamanya umat Islam, ahli-ahli Kariah Masjid dan Surau, ahli
dan kekanda PEKIDA, ahli-ahli Pertubuhan AMAN SEJAGAT, NGO,
persatuan persatuan pengguna negeri, FOMCA,
CAP, ACCIN, IIS, DPMM, JIM, CUEPACS, GPMS, keluarga FELCRA, FELDA dan
RISDA, NUTE, PERKIM, KIMMA, PERMIM, PRESMA, UMNO, PAS, Barisan Nasional,
PESAKA dan ahli-ahli Silat Gayung, Silat KALAM, Silat Cekak,
persatuan-persatuan silat, para usahawan, ahli-ahli politik, para
mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS, pelajar-pelajar sekolah, para
pensyarah dan ahli akademik, kakitangan kerajaan, para pekerja, para
persatuan sukarela dan para pejuang keadilan yang prihatin dengan
perjuangan kemanusian dan keadilan sejagat agar tidak lagi membeli UBAT
GIGI COLGATE sehingga COLGATE belajar menghormati pengguna.

Kita renung antara fakta-fakta berikut :-

COLGATE adalah sebuah syarikat yang TIDAK PRIHATIN
kepada sensitiviti umat Islam. Sejak bertapak di Malaysia lebih 40 tahun
lalu, ia tidak pernah mendapatkan atau berusaha untuk memperolehi sijil
Halal JAKIM bagi menjaga hati para pengguna Islam atau menyatakan yang
produk mereka HALAL;

Tanpa sijil halal ini sejak begitu lama dan tanpa
sebarang tanda Halal di kotak ubat gigi tersebut, wajar dan patutkah kita menganggap
Colgate sebagai Halal sedangkan Colgate sendiripun tidak
mendakwa ianya halal atau ditanda sebagai HALAL;

COLGATE begitu angkuh sehingga tidak menghiraukan
pertanyaan PPIM dan orang ramai atau mengambil langkah untuk memberi
sebarang keyakinan secara pro aktif kepada masyarakat Islam terhadap
status halal produk mereka hingga ke hari ini;

Ia dibuat di Thailand yang mana juga menyokong ekonomi
Thailand yang terbukti melakukan penganiayaan kepada penduduk Selatan
Thailand (PPIM telah melancarkan BOIKOT COLGATE sebagai bantahan kepada
pembunuhan kejam rakyat Islam di Selatan Thailand);

Puluhan atau ratusan juta telah dibelanjakan oleh
syarikat ini untuk pengiklanan tetapi kenapa tidak ada peruntukan
kewangan untuk menjaga hati masyarakat Islam, contohnya mendapatkan
sijil halal daripada JAKIM. Kos untuk mendapatkan sijil halal
kurang RM 1,000 sahaja. Bukankah ini satu penghinaan besar di sebuah
Negara yang agama rasminya Islam;

Sehingga kini Colgate enggan bekerjasama dengan PPIM
untuk membuktikan sijil halal Thailand yang didakwanya ada serta
membuktikan bahawa produk-produknya HALAL.

Apa pula status produk Colgate di pasaran yang datang
daripada China, Vietnam dan Amerika? Siapakah yang memberi jaminan ini?
Bush...?

Janganlah kita berurusan dan menyokong syarikat yang
menghina dan tidak menghormati umat Islam. Kita sokonganlah
produk-produk daripada syarikat yang bertanggungjawab dan prihatin
terhadap keperluan masyarakat Islam setiap kali kita membeli;

Kita bersatulah dalam memboikot Ubat Gigi Colgate
serta menghantar isyarat jelas bahawa para pengguna Islam akan bersatu
memulau produk yang tidak menghormati keperluan dan kepentingan umat
Islam.

BERSATU KITA SEHATI SEJIWA sebarkan nota ini kepada seramai mungkin
rakan dan taulan sebagai satu perjuangan melawan keangkuhan serta
menunjukkan bantahan kepada syarikat multi-nasional yang tidak
menghormati serta mempermainkan para pengguna Islam sejak sekian lama.

Cuba buat kali ini , kita buktikan bahawa kita pengguna juga MEMPUNYAI
KEKUATAN JIKA BERSATU. Kita hantar isyarat jelas, para pengguna tidak
mengira Islam atau bukan Islam tidak rela ditipu secara berterusan. Kita
mahu mereka lebih prihatin dan bertanggungjawab.

"BOIKOT PRODUK HINA PENGGUNA" pirat
Back to top Go down
View user profile
 
NOTA DARI PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA & MAPAN
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Promotion of Islam?
» my trip to Legoland Malaysia NOV 2012
» GBH Crown Lynn Kuala Lumpur Malaysia
» I AM MALAYSIA STONE LOVER!
» Some Stunning Wrightia Religiosa from Malaysia.

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
 :: /// INFORMASI SEMUA :: HAL EHWAL KEAGAMAAN DAN KEBUDAYAAN WARISAN-
Jump to: